PENGALAMAN BERAYA DI KAMPUNG
Pada minggu lepas, kami sekeluarga telah pulang ke kampung untuk menyambut hari Raya Aidilfitri di sana. Kampung saya terletak di Damansara Taman Laut,Pulau Pinang. Kami sekeluarga berasa teruja untuk pulang ke kampung. Ketika hari hampir senja, kami singgah di kawasan rehat.Kami beli lauk-pauk di kedai makan untuk berbuka puasa. Selepas kami berbuka puasa, kami solat di masjid berhampiran. Selepas solat, kami terus sambung perjalanan untuk pulang ke kampung.
Kami tiba di kampung dalam pukul 10:00 malam. Saya berasa gembira kerana dapat melihat datuk dan nenek. Kami pun bersalam dengan datuk dan nenek. Saya rasa gembira kerana dapat berjumpa bersama sepupu-sepapa yang sudah lama tidak bertemu. Saya dan sepupu saya memasang pelita di sekeliling rumah datuk dan nenek. Suasana di kampung terang-benderang dengan cahaya pelita. Kemudian, saya dan sepupu bermain mercun dan bunga api yang dibeli oleh bapa saudara saya.
Keesokkan harinya, datuk membawa kami sekeluarga pergi ke sungai untuk memancing ikan. Kami menyediakan joran dan umpan . Datuk mengajar saya cara memancing ikan. Oleh itu,kami dapat memancing banyak ikan. Selepas itu kami membawa ikan-ikan itu ke rumah datuk dan nenek. Saya pergi ke dapur untuk menolong ibu-ibu saudara saya dan nenek memasak untuk sambutan syawal esok.Pelbagai jenis makanan dan kuih yang telah kami masak. Kami sangat gembira kerana dapat berbuka puasa bersama datuk dan nenek.
Apabila-nya tiba pagi Syawal, saya bingkas bangun dan segera ke bilik air.Saya terpaksa bangun awal kerana takut berebut dengan sepupu-sepupu yang lain. Saya tidak sabar memakai baju baru dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Sebelum ke masjid, saya sekeluarga memohon maaf kepada datuk dan nenek. Saya memeluk dan mencium ibu dan ayah. Selepas kami solat,Saya menolong ibu-ibu saudara saya dan nenek menyiapkan hidangan kuih-muih dan juadah seperti kuih semperit, ayam rendang dan lain-lain lagi.
Saya dan sepupu saya terus pergi beraya di rumah jiran-jiran atuk dan nenek.Selepas banyak dapat duit raya,kami pulang ke rumah atuk dan nenek.Ibu dan ayah mengajak kami beraya di rumah saudara-mara kami yang berdekatan.Selepas beberapa jam,saya dan sepupu sambung semula mengutip duit raya.Kami pulang ke rumah ketika hari semakin senja.
Pelbagai aktiviti yang kami lakukan ketika di malam raya.Seperti bermain mercun,makan ketupat,bakar lemang dan lain-lain.Pada malam raya kedua,kami langsung tidak tidur kerana asyik dengan movie-movie yang ditayangkan oleh sepupu saya,Epul.Begitu juga pada hari raya ketiga.kami tidak sedar akan masa berlalu.Hari yang tidak ditunggu tiba jua.
Setelah tiga hari beraya di kampung, kami berkemas untuk pulang ke rumah. Tahun ini saya dapat mengumpul banyak duit raya kerana ramai adik-beradik ayah pulang beraya. Kami berasa seronok beraya di kampung. Pengalaman hari raya tahun ini sungguh menyeronokkan.
Bagus
BalasPadamulasan saya ialah beraya dikampung memang menyeronokkan saya kerana saya dapat bertemu awek baru
BalasPadamulasan saya ialah beraya dikampung memang menyeronokkan saya kerana saya dapat bertemu awek baru
BalasPadamSanagat bagus dan mudah
BalasPadamsya bermain mercun tiba2 tgn sya hilang
BalasPadamsya bermain mercun tiba2 tgn sya hilang
BalasPadamTanya
PadamUlasan saya ialah dapat awek baru dn gembira
BalasPadam